orang yang baik hati :)

♥MY SUPERDUPER♥

Kesayangan ;)

Haii korang. Apa khabar? Sihat? Harap korang sentiasa sihat hendakNya. Okay dah lama aku tak update diari aku ni kan . Act, aku sibuk dgn belajar. Alhamdulillah sem dpn aku dah sem 6. Yaa , act 15/10 baru2 ni aku kemalangan . Agak ngeri jugak walaupun kaki aku tak patah tapi bawah lutut aku koyak teruk smpai nampak tulang. Sakit kot. 18jahitan aku dapat kat lutut aku tu. Alhamdulillah keadaan aku da semakin membaik. Atas berkat kesabaran semua yang dah jaga aku dari aku kemalangan sampai sekarang. Terima kasih sangat2 korang. Sebenarnya tujuan menaip ni nak share something that I never forget. Nak tau tak apa dia? Okay like my entries before this, yg pasal secret admire tu. Yaa, Alhamdulillah berkat doa aku, kesabaran aku, penantian aku selama ni tak sia-sia. Aku dah dapat memiliki hati dia. Mula2 dari kenal family aku, ke family dia akhirnya persahabatan 7bulan kami diakhiri dengan percintaan. Alhamdulillah walaupun baru lagi hubungan ni, kami sentiasa berdoa moga Allah perdekatkan, panjangkan, serta permudahkan jodoh antara kami. Aamiin. Tak pernah2 dalam hidup aku berkawan dulu baru bercinta. This is the first time that happen in my life. Alhamdulillah berkat restu keluarga ikatan yang terjalin rasa tenang je. Ok ni aku belanja gambar kami. Doakan moga suatu hari nanti dengan izin Allah S.W.T kami disatukan. Aamiin.
B jaga diri baik2 ye. Iloveyou Mohd Affendi Bin Kamis.
Pengkalan Balak, Melaka
Muka mengantuk
Pirate Park, Melaka
Before balik cuti raya haji
With Dilla, Paan, Fendi
Before bercinta

Secret Admire di Kolej Risda Melaka


Haii peeps ! Lamanya rasa tak update kan . Biasalaa busy dengan study . Alhamdulillah sekarang dah sem 4 dah . Awak semua apa khabar ? Sihat ? Harap sihat lahh yee . Kita selsema and batuk sikit . Awak semua kita ada cerita baru lahh . Hehehe , ehemm ehemm apa ye ? Nak tahu tak ? Apa ? Tak dengarlah . Ohh lupaa kita bukan bercakapkan ? Tapi kita menaip jee . Haa Haa cerita dia ialah , jengg jengg jengg jengg . Kita ada minat sorang boy niy . Hmm dia budak kolej kita and sama kos and sama sem and sama class tapi yang tertentu jee laa . Hehehe . Kita dah bagitahu abah and family kita yang kita suka budak tuu . Bila dia senyum , dia comel jee . Nama penuh dia Mohd Affendi Bin Kames . Eh betul ke tak entah lah nama penuh dia tuu . Ehehe ,orang gelar dia Fendi Moha . Tahu tak apa maksud Moha tu ? Haha ada lahh , mana boleh bagitahu . Hehe , kita dah lama suka dia . Ada lahh dekat setahun lebih dah . Tapi dia tak tahu pun . Malas lah bagitahu dia sebab abah pesan "adik , jangan bagitahu dia adik suka dia. Doa jee semoga diperdekatkan and dipanjangkan jodoh dengan dia . Biar Allah je yang tahu" . Yaa yaa alhamdulillah saya selalu mendoakan dia disetiap solat saya . Seriously banyak sangat keistimewaan ada pada dia . Dia baik, caring and kadang2 sweet sangat . Haha , dia betul2 ambik berat tentang orang disekeliling dia . Yaa yang lagi saya bangga , banyak2 lelaki yang keluar dengan saya , cuma Fendi sorang je yang akan pergi cari surau dan solat . Tuu pun dah buat saya lagi jatuh cinta dengan dia . Tapi saya rahsiakan dari dia . Yaa kami memang selalu contact tapi dia pun cuma anggap saya sebagai kawan dia sajaa . Hm jadi saya tak boleh laa lebih2 sebab takna dia salah faham . Alhamdulillah saya masih boleh kawal perasaan niy and depan dia saya boleh buat dia macam kawan . Hihihi . Penatnyaa menaip . Maybe setakat niy jee dapat kita share kat awak semua . Laterr kita akan update lagi . Guys doakankan NURUL SYAHIRAH AFIDAH BINTI MAIDIN & MOHD AFFENDI BIN KAMES diperdekatkan joddoh dan dipanjangkan jodohh yee , Amin amin . Hehe . Selamat malam . Tidurr baik2 yee . Jangan lupa baca doa . Peacee yoo ;)